Monday, 28 January 2008

SEMANGAT

Isnin... aku tak rasakan seperti hari Isnin kerana semalam, Ahad, aku ke office. Alan sejak pagi hingga jam 5 ptg di biliknya semalam, hari ini jam 6.30 ptg dia masih senyap di bilik. Memang dia seorang yang berdedikasi dan 'workaholic'.. masakan tidak kerana dunianya adalah di pejabatnya. Anak2 dah membesar, isterinya adalah pelajar PhDnya jadi tiada apa yang dia dapat di rumah melainkan musim bola. Jika dia tak ke office, samada menonton bola atau ke padang 'menebas' - golf.
  • Aku sedang mengumpul semangat untuk menyiapkan bab yang aku anggap mencabar. Terimakasih pada kakak 'FM' juga pelajar PhD (lecturer UMT) kerana menyinggah di office untuk memberi semangat dan dorongan. Terima kasih juga pada 'EJ' atas kiriman sms dari Msia mendoakan aku. Hari ini Alhamdulillah idea datang mencurah dan dapat menghabiskan 6 mukasurat. InsyaAllah perjuangan akan diteruskan. Semoga semangat kental akan berkekalan. Ameen.
Inilah gambar group research aku. From left: Emillie, Bill (back), Serena, ALAN, aku, Angelique dan Gina (isteri Alan)

No comments: