Friday, 1 February 2008

JAUHKAH LAGI PERJALANANKU?

Sudah beberapa hari aku tidak menjenguk dan menulis sebarang nukilan atau keluhan kerana aku agak sibuk. Alhamdulillah hari Jumaat yang mulia ini aku dapat bersua muka dengan Alan dan menghantar beban yang aku anggap mencabar. Bahu semakin ringan dirasai. Kini aku hanya menunggu beban itu kembali ke pangkuanku untuk aku semak dan betulkan sebelum dilontarkan kembali beban itu kepada Alan..
  • "Come on Sunday, I might finish yours.." ucap Alan dengan mukanya yang berserabut.

Aku tahu dia memang sibuk. Christine, penyarah dari Yorkhill ada di biliknya tadi. Kini mereka semua sudah bergerak ke pub, meninggalkan aku keseorangan di office. Jam sudah hampir 6.30 pm. Lebih baik aku balik awal, dapatlah bermain lebih masa dengan orang-orang tersayang di rumah. Esok akan aku tunaikan janji pada Haziq kerana dia ingin ke muzium hendak melihat lagi van 'Balamory' kesayangannya. Aku rasa sudah hampir sepuluh kali aku ke muaium itu. Naik muak rasanya tapi kerana Haziq, insyaAllah esok Abah bawakan. Hanya esok yang boleh aku meluangkan masa dengan famili kerana Alan mahu berjumpa denganku hari Ahad ini.

Aku ingin berkongsi ceramah sebelum khutbah Jumaat yang aku dengar tadi. Pandai Ustaz itu berucap dan tersentuh hatiku.

  • Solat yang kita lakukan 5 x sehari itu seharusnya mengelakkan kita dari melakukan kemungkaran. Kita perlu berusaha memperbaiki solat dan amalan kita untuk mencapai tahap agar kita boleh mengelakkan perkara mungkar. Jika kita lihat orang lain bersolat tetapi masih melakukan maksiat, itu bermakna ibadahnya masih perlu diperbaiki, mungkin hatinya tidak dekat dengan Allah, mungkin buat kerana terpaksa atau sebagainya.
  • Berkenaan jihad. Nabi pernah menyuruh seorang sahabat ini balik ke rumah walaupun dia beria-ia hendak mengikut Rasulullah SAW ke medan perang agar dia boleh mati dalam iman. Nabi bertanya,"Adakah kamu mempunyai mak dan ayah atau keluarga?" Sanabat itu menjawab, Ya. "Baliklah ke rumah. Kerana itu adalah 'reward' atau ganjaran yang sepatutnya kamu dapat. Berbaktilah pada keluarga. Jagalah mak kamu yang tidak sihat itu. Itu lebih utama.", kata Rasulullah.

Oleh itu, jika ada satu kewajipan yang mungkin kita katakan faedah atau manfaatnya lebih baik tetapi terpaksa menggadaikan orang yang kita sayang, maka manfaat itu sebenarnya adalah tidak baik di sisi Allah. Sayangi orang yang sakit yang terdekat dengan diri kita lebih utama daripada pergi berjihad. Aku teringat semasa aku di Malaysia, begitu rajin kawan2 Tabligh ku mengajak aku khuruz 44 hari. Tapi aku menolak kerana aku ada famili. Tak akan nak meninggalkan keluarga 44 hari? Alhamdulillah aku rasa tindakan aku itu betul berdasarkan apa yang disyarahkan oleh Ustaz tadi dengan hadis2nya. Aku tidak ingat nukilan hadis semasa ceramah tadi. Walau apapun aku harap yang lain boleh mengambil ikhtibar. Ya Allah berikan hidayah dan tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai...Ameen.

1 comment:

fajar said...

taraaaa!
salam abg shukri. hehehe. akhirnya, dapat gak trace dia. ;)

terima kasih kerana berkongsi cerita ini. satu pesanan buat diri saya juga agar kita menghargai keluarga. hmm, mudah2an segala perjalanan kita mengejar ilmu ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.

p/s: ada contact ab EJ tak? batch ab Shukri kat maktab tu la.