Penat dengan tesis, kali ini penat nak mengemas pula. Banyak barang yang perlu dijual. Kena bukak car boot agaknya. Tapi cuaca tak menentu... kalau hujan? Last2 kena iklankan dalam ebay. Almari terjual malam ni tadi. So oklah. Ada orang akan pick up. Banyaklah ruang nanti. Kotak kena kemas. Perabot perlu di balut elok2.
Selamat tinggal, sayang...
Aku tengah pening kerana aku tak akan menyewa satu kontena kerana tak jadi nak bawak balik kereta. Dah buat solat isytikarah 3 hari. Allah bagi alamat 3 hari berturut2. Sayang kereta tuh. Walau apapun nanti kat Malaysia, mampu ke nak menyara kereta? Nanti anak-beranak tak makan, kereta makan minyak sampai gemuk. Minyak dah la mahal kat Malaysia. Walau apapun aku tak terkilan dan redha dengan alamat Ilahi. Dah puas bawa kereta itu selama setahun sebenarnya.. tak rasa beza dengan kereta Daewoo biru lama ku... kereta semua sama, pada pendapat diri aku. Berbakti pada tuannya.
Dalam beberapa minggu ini aku kena study juga...hmm..dugaan. Fikir nak melancong terpaksalah dibatalkan. Dah tak sempat. MARDI dah panggil balik. Harapnya mudahlah urusanku. Amin.
Dalam beberapa minggu ini aku kena study juga...hmm..dugaan. Fikir nak melancong terpaksalah dibatalkan. Dah tak sempat. MARDI dah panggil balik. Harapnya mudahlah urusanku. Amin.

1 comment:
Memang betul kata awak tu..kereta semuanya sama...janji jaga dgn baikkan..tak kisah la Mercedes tak Mercedes..janji boleh berjalan dengan baik and sampai kita ke destanasi dengan selamat.
Insyallah..perjalanan awak dah dekat sangat ke penghujungnya..insyallah selamat semuanya...k.ahnis doakan...di permudahkan..
Post a Comment