Ni nak menceritakan serba sedikit apa yang terjadi last year semasa emak dan abah dari kampung datang bertandang ke Semenyih. Mak membeli betik dalam perjalanan dan semasa di rumah, mak telah membelah betik tersebut untuk dimakan. Apa yang ajaibnya terdapat buah betik di dalam betik. Buah betik itu masih kecil berwarna putih. Biasanya di dalam betik terdapat biji-biji benih kecil berwarna hitam. Tetapi lain pula yang ada. Inilah dikatakan keajaiban. Kami tak berfikir negatif atau berkepercayaan karut...hanya makan betik tersebut tanpa rasa sangsi. Mungkin ada yang terpikir bila makan betik tersebut akan bunting atau sebagainya. Tapi tak perlulah berfikir sedemikian kerana semua itu kuasa Allah. Memang sedap kami makan buah betik tersebut dan yang pasti betik memang kaya vitamin C dan menjadi ubat sembelit! Jadi makan buah banyak-banyak.