Friday, 29 February 2008

EMAIL

Hari ini hujan mencurah-curah. Balik dari masjid aku menghantar Haziq ke sekolah. Kasihan dia. Basah. Yang paling kasihan tak ramai kat nursery, hanya 5 orang. Cikgunya sedang mengajar pelajar memasak. Haziq mesti seronok.
  • Aku tak tenteram hari ini. Malam tadi supervisor menghantar email. Menakutkan lagi. Confirm tarikh aku menghadap ribut taufan. Risau ... kena study betul-betul. Email Alan juga menyebutkan supaya aku memprint dan bind satu naskah untuk diberi kepada internal examiner dengan segera. Department lambat buat surat dan hantar thesis yang aku serahkan so, Alan suruh buat tindakan pantas. Pagi ni aku ke Uni dan selesaikan apa yg diminta. Aku ke Yorkhill Hospital hantar tesis tu. Internal examiner aku sibuk. Dia seorang yang workaholic dan very-very critical.. Aku rasa dia yang akan banyak mem'fire' nanti sebab bidang aku memang 'ngam' dengan dia. My external will be from Aberdeen. Seorang yang workaholic juga, dengarnya but very shy. Dalam diam-diam, beliau ubi berisi. Aku takut...risau... Petang tadi aku call Malaysia, bercakap dengan ayah supaya membuat solat mempermudahkan urusanku. Doa ibu bapa makbul. Aku berharap agar mudah urusanku nanti.
"Abah, doakan yea. Biar lembut hati mat-mat saleh ni. Kita ni orang Islam. Diorang bukan redha dengan kita," pinta aku.

  • Tak sabar untuk kami pulang.
  • Tak sabar melihat negeri sendiri.
  • Boleh bersolat berjemaah 5 kali sehari di masjid.
  • Di sini? Hanya Jumaat sahaja.
  • Nak keluar malam? Nanti di pukul mat saleh mabuk.
  • Nak balik....!

Thursday, 28 February 2008

PENAT

Penat dengan tesis, kali ini penat nak mengemas pula. Banyak barang yang perlu dijual. Kena bukak car boot agaknya. Tapi cuaca tak menentu... kalau hujan? Last2 kena iklankan dalam ebay. Almari terjual malam ni tadi. So oklah. Ada orang akan pick up. Banyaklah ruang nanti. Kotak kena kemas. Perabot perlu di balut elok2.

Selamat tinggal, sayang...

Aku tengah pening kerana aku tak akan menyewa satu kontena kerana tak jadi nak bawak balik kereta. Dah buat solat isytikarah 3 hari. Allah bagi alamat 3 hari berturut2. Sayang kereta tuh. Walau apapun nanti kat Malaysia, mampu ke nak menyara kereta? Nanti anak-beranak tak makan, kereta makan minyak sampai gemuk. Minyak dah la mahal kat Malaysia. Walau apapun aku tak terkilan dan redha dengan alamat Ilahi. Dah puas bawa kereta itu selama setahun sebenarnya.. tak rasa beza dengan kereta Daewoo biru lama ku... kereta semua sama, pada pendapat diri aku. Berbakti pada tuannya.

Dalam beberapa minggu ini aku kena study juga...hmm..dugaan. Fikir nak melancong terpaksalah dibatalkan. Dah tak sempat. MARDI dah panggil balik. Harapnya mudahlah urusanku. Amin.

Wednesday, 27 February 2008

PENJARA PHD

Sudah 26 hari blog ini tidak berusik..tidak di update..kasihan. Luahanrasa hanya kusimpan dalam hati tanpa diluahkan. Alhamdulillah pengorbanan 26 hari itu, hari ini berbalas. Malam tadi aku cuak, gabra dan tension. Printer yang di 'attached' ke komputerku rosak. Need to change the black print head - on the menu and kept blinking. So last night I went home frustrated. This morning I went to the Uni early to check for the final version and printed in the department office. I gave Alan and I pleaded him that I am leaving end of March.. I need to submit and viva before that. I left his office and suddently he called me back.

"Print the thesis. Then we will post to Gary and hope we can have a viva before 29/3"
"Is it a green light?"
"Yes, print for the department as well"

Alhamdulillah. I rushed to my computer and convert the word doc to pdf. I gave to florence and she printed the thesis 4 copies using a very advance coloured-laser printer. Quite slow, though. But the result was wonderful. I have a lot of coloured figures and tables, as well as photos of S. aureus cells observed under SEM and TEM (electron microscopy).

I was in Florence office for 2 hours, huh I was sweating, nervous etc...etc...susah nak dibayangkan perasaan itu. Siap 4 copies, aku ke James Watt Building - Uni Print Service. I need to come and collect at 2.30 pm. I hope I can submit to the graduate school this afternoon, and tonight it will be a relief. We are going somewhere, hopefully for our dinner. I didn't send Haziq to School due to this occasion. Harapnya malam ini, Haziq akan tersenyum riang, even though dia menangis nak ke sekolah tengahari tadi...

Sebelah kaki sudah nak keluar dari penjara PHD...Ya Allah, Engkau mudahkanlah urusan seterusnya. Tak tahulah tarikhnya bila aku akan berdepan dengan 3 kilat dan ribut yang akan bertubi2 menanyakan soalan. That's will be the nightmare of my life - VIVA. Moga Allah mudahkan urusanku. After viva, harapnya kedua2 belah kaki akan keluar dari penjara. Sekarang ni masih tersangkut di jaring penjara. Sebelah kaki aje terjohol keluar...

I need rest.. Tidur tak cukup malam tadi membetulkan thesis. I hope tonight I will have a sweet dream. Ameen.
Makan-makan @ Curry Village

Friday, 1 February 2008

JAUHKAH LAGI PERJALANANKU?

Sudah beberapa hari aku tidak menjenguk dan menulis sebarang nukilan atau keluhan kerana aku agak sibuk. Alhamdulillah hari Jumaat yang mulia ini aku dapat bersua muka dengan Alan dan menghantar beban yang aku anggap mencabar. Bahu semakin ringan dirasai. Kini aku hanya menunggu beban itu kembali ke pangkuanku untuk aku semak dan betulkan sebelum dilontarkan kembali beban itu kepada Alan..
  • "Come on Sunday, I might finish yours.." ucap Alan dengan mukanya yang berserabut.

Aku tahu dia memang sibuk. Christine, penyarah dari Yorkhill ada di biliknya tadi. Kini mereka semua sudah bergerak ke pub, meninggalkan aku keseorangan di office. Jam sudah hampir 6.30 pm. Lebih baik aku balik awal, dapatlah bermain lebih masa dengan orang-orang tersayang di rumah. Esok akan aku tunaikan janji pada Haziq kerana dia ingin ke muzium hendak melihat lagi van 'Balamory' kesayangannya. Aku rasa sudah hampir sepuluh kali aku ke muaium itu. Naik muak rasanya tapi kerana Haziq, insyaAllah esok Abah bawakan. Hanya esok yang boleh aku meluangkan masa dengan famili kerana Alan mahu berjumpa denganku hari Ahad ini.

Aku ingin berkongsi ceramah sebelum khutbah Jumaat yang aku dengar tadi. Pandai Ustaz itu berucap dan tersentuh hatiku.

  • Solat yang kita lakukan 5 x sehari itu seharusnya mengelakkan kita dari melakukan kemungkaran. Kita perlu berusaha memperbaiki solat dan amalan kita untuk mencapai tahap agar kita boleh mengelakkan perkara mungkar. Jika kita lihat orang lain bersolat tetapi masih melakukan maksiat, itu bermakna ibadahnya masih perlu diperbaiki, mungkin hatinya tidak dekat dengan Allah, mungkin buat kerana terpaksa atau sebagainya.
  • Berkenaan jihad. Nabi pernah menyuruh seorang sahabat ini balik ke rumah walaupun dia beria-ia hendak mengikut Rasulullah SAW ke medan perang agar dia boleh mati dalam iman. Nabi bertanya,"Adakah kamu mempunyai mak dan ayah atau keluarga?" Sanabat itu menjawab, Ya. "Baliklah ke rumah. Kerana itu adalah 'reward' atau ganjaran yang sepatutnya kamu dapat. Berbaktilah pada keluarga. Jagalah mak kamu yang tidak sihat itu. Itu lebih utama.", kata Rasulullah.

Oleh itu, jika ada satu kewajipan yang mungkin kita katakan faedah atau manfaatnya lebih baik tetapi terpaksa menggadaikan orang yang kita sayang, maka manfaat itu sebenarnya adalah tidak baik di sisi Allah. Sayangi orang yang sakit yang terdekat dengan diri kita lebih utama daripada pergi berjihad. Aku teringat semasa aku di Malaysia, begitu rajin kawan2 Tabligh ku mengajak aku khuruz 44 hari. Tapi aku menolak kerana aku ada famili. Tak akan nak meninggalkan keluarga 44 hari? Alhamdulillah aku rasa tindakan aku itu betul berdasarkan apa yang disyarahkan oleh Ustaz tadi dengan hadis2nya. Aku tidak ingat nukilan hadis semasa ceramah tadi. Walau apapun aku harap yang lain boleh mengambil ikhtibar. Ya Allah berikan hidayah dan tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai...Ameen.