Monday, 28 January 2008

SEMANGAT

Isnin... aku tak rasakan seperti hari Isnin kerana semalam, Ahad, aku ke office. Alan sejak pagi hingga jam 5 ptg di biliknya semalam, hari ini jam 6.30 ptg dia masih senyap di bilik. Memang dia seorang yang berdedikasi dan 'workaholic'.. masakan tidak kerana dunianya adalah di pejabatnya. Anak2 dah membesar, isterinya adalah pelajar PhDnya jadi tiada apa yang dia dapat di rumah melainkan musim bola. Jika dia tak ke office, samada menonton bola atau ke padang 'menebas' - golf.
  • Aku sedang mengumpul semangat untuk menyiapkan bab yang aku anggap mencabar. Terimakasih pada kakak 'FM' juga pelajar PhD (lecturer UMT) kerana menyinggah di office untuk memberi semangat dan dorongan. Terima kasih juga pada 'EJ' atas kiriman sms dari Msia mendoakan aku. Hari ini Alhamdulillah idea datang mencurah dan dapat menghabiskan 6 mukasurat. InsyaAllah perjuangan akan diteruskan. Semoga semangat kental akan berkekalan. Ameen.
Inilah gambar group research aku. From left: Emillie, Bill (back), Serena, ALAN, aku, Angelique dan Gina (isteri Alan)

Friday, 25 January 2008

BILA SAKIT....

Bila kepala dan badan sakit tandanya suruh berehat. Hari ini badan rasa tak sedap. Sejak semalam rasa semacam aje. Dah 2 biji paracetamol 500mg telah ditelan..rasa mengantuk pula. Nak tidur aje rasanya. Itulah...tanda suruh berehat selepas penat stress. Hari ni balik awallah. Orang lain semua dah balik rumah... office sunyi dan gersang, tapi diluar angin taufan sedang mengamuk begitu kencang angin malam dan titisan hujan berderu-deru turun membasah bumi... Aduh..jom balik!
  • Sakit itu tandanya Allah sedang menguji kita agar sentiasa ingat padaNya. Sihat dan sakit datang dariNya tapi bila sihat kita mudah lupa dan alpa. Ya Allah ampunkan segala dosaku dan mudahkan segala urusanku.

Thursday, 24 January 2008

HAZIM ON HIS HIGH CHAIR

Hazim dah mula makan 'beradab'. Duduk di atas high chairnya so senang ibu nak suap makan. Bila makan tu...gelojoh... :)

Wednesday, 23 January 2008

HAZIQ AND HIS DESK

Hmm... It's already late at night. At the moment Haziq and Hazim are fast asleep in the bedroom. I am alone in front of the comp. in my 'private room'. My cayang, I think in the living room, kemas2 and packing etc.. buat sikit2 coz nanti kelam kabut kalau buat last minit. Last two weeks, I bought a Thomas the Tank Engine desk for Haziq. Seronok tengok gambar dia menulis atas meja Thomas tu. Cute. Enjoyz the pics...

GLASGOW SCIENCE CENTRE

This is our second visit to GSC. Dapat ticket free from Uni.. We went there - Sat, 19th after a terrible week I had. Haziq had enjoyed himself but the baby was sleeping inside his pram.. (tak enjoy kot coz tak paham). That day there was a 1001 Islamic Culture Exhibition which makes me proud of being a Muslim. Hope to come and visit GSC again in the future.

Tuesday, 22 January 2008

MINGGU SERABUT

  • Ahh... I miss the blog and had no time to write anything for almost 9 days. I was extremely 'serabut, kusai, monyok, geram, tension, stress dan sewaktu dengannya'. But finally Alhamdulillah I managed to submit one chapter to my supervisor today. It was supposed to be two chapters on Sunday, 20th tapi sebab otak ini dah tua so lambat sikit bergerak. Lagipun Alan cakap quality not quantity... so I was concentrating on one and I think I am satisfied ;). Sepanjang minggu lepas, digagahkan diri melawan segala macam 'penyakit' - penyakit nak tido, penyakit tv, penyakit malas, penyakit main etc.. Sayang sekali, I miss Home and Away kat Channel 5... I am addicted to that series but usually I will see ulangannya on Saturday as I was not at home during weeksdays (series tu start 6.00 pm, I balik rumah usually around 8.30 pm cuma ada dua hari pulun sampai 9.30 pm). Bayangkanlah my building tu usianya 550 tahun (Zoology building - ada museum binatang downstair). Menyeramkan as I was the only one being in the building. Gelap (coz janitor akan tutup lampu after 6 pm - nak jimatkan api le tuh. Kedekut orang puteh ni). Only my office aje terang benderang. Terpaksa gunakan handphone jadi lampu suluh nak cari suis lampu untuk ke tangga nak turun tingkat bawah... hehe.
Yang paling kasihan...ohh anak-anak ku dan darling kesayanganku...I had only spent few hrs with them on Saturday morning (gi Glasgow Science Centre dan makan lunch kat Tawa Halal Restaurant - buffet ala Indian - Haziq tak makan sangat sebab pedas...). And after that I was pulun kat office continue termasuklah hari Sunday yang sepatutnya jadi hari berehat... memang rasa nak pecah kepala. Memang kena banyak sabar dan thank you my dear darling yang beri semangat, sokongan dan memahami keadaan abang ini. Si comel 2 orang tu selalu bertanyakan abahnya tapi tak pelah sayang.. tak lama je lagi nanti kita boleh main dengan monyet peliharaan Aki dan Tok dan jumpa si Comel, kucing kesayangan Opah.
  • Ada satu insiden yang aku geram tengahari tadi. Oleh kerana aku nampak stress, terlalu concentrate depan komputer dan diam aje kat office without talking to anybody or having coffee at 10.30 am (coffee break), satu Minah dari selatan UK ni tak puas hati dengan aku. Dia mengumpat pasal aku dengan si Minah dari Perancis cakap aku sebabkan dia rasa 'annoyed'. Aku dengar apa yang dia cakap kat belakang tuh. Saje pasang telinga. Apa yang dia cakap " I can't stand it being here all day. I think I will find somewhere else." Baguslah. Carilah tempat yang lebih selesa. Sebenarnya office kami ni kasihan, tak ada devider. Ada 2 bench panjang macam lab bench, ada 4 komputer atas satu bench. So duduk sebelah menyebelah aje antara satu sama lain. Ada lapan orang dalam office kami yang sempit ini. Bayar punyalah mahal - every year GBP 15,000. Dalam RM 100, 000, habis duit rakyat. So dalam office, orang akan nampak apa yang kita buat atau baca atau menulis. So itu yang probably diorang tak tahan tengok aku buat kerja.. Apa pun aku tak kisah. Malas nak layan minah-minah ni sebab aku faham kerenah diorang ni. Jelous kat student Asia coz we are so hardworking (chewah...bangga jadi orang Asia)..yelah sape tak bangga kalau Sabtu Ahad si mat saleh ni akan pergi 'tunggang air kencing setan' tapi kita buat kerja dalam lab/ office. Sape tak jelous..
Hah.. ni pun dah pukul 7 pm. Perut dah rasa lapar tapi ada lagi nak buat correction ...aduh. sabar...sabar...Ingat aje camne Nabi bekerja.. Malam ni nak balik awal ke? Issh..janganlah. Sayangku cakap baliklah kul 10 mlm. Siapkan kerja tu. Ya Allah. Kekalkan semangat aku agar terus cekal dan kental. Ameen.

Sunday, 13 January 2008

BUSY DAY

Today is a busy day for me.. I was at the office from 10 am to 3 pm even though it's Sunday. It was wet, gloomy and cold day. Kasihan Haziq tak dapat ke mana2. When I arrived home, dengan mukanya yang bosan...
"Abah, George Square, please? ASDA, please?" tanya dia depan pintu... "
Aku menjawab... "Next week, ok? Abah dah booking tiket gi Science Centre. Kita jumpa Nina Neuron, ye?"

I will be given, insyaAllah 4 free tickets to Glasgow Science Centre next week (Saturday, 19th) from the Uni Court Office so I know Haziq will be excited.. but not me. I have to submit 2 chapters to my supervisor by the end of Friday. So hopefully the trip on Saturday can be enjoyable after a terrible week (... I am sure). Tomorrow another busy day.... I need to push myself to finish. A friend who already obtained her PhD used to say...
"It's not easy to eat the whole elephant, but you will. The time will come..."
I feel tired but when I think back... thinking what Rasululah had done to the Ummah... He was more tired than we are, to do his duty and responsibility... Ya Allah..Please ease my journey... ameen.

Saturday, 12 January 2008

SYUKUR

Syukur Alhamdulilah
Atas rezeki yang Engkau berikan... Ya Allah
Kuatkanlah semangatku agar terus cekal
Kekalkan azamku agar tidak jerlus
dan berikanlah aku kesederhanaan
dalam segalanya
Permudahkanlah urusan hambaMu ini
duniawi dan ukhrawi

Friday, 11 January 2008

HAZIM DAH 7 BULAN

Hari ini genaplah Hazim 7 bulan... masa berlalu begitu pantas. Giginya dah bertambah menjadi empat dan gigitannya.. usah dibayangkanlah.. Sakitnya especially bila dia menyusu. Kesiannya ibunya... Abah berdoa agar Hazim menjadi anak yang soleh, mendengar kata dan tak akan ber 'wrestling' dengan abangnya bila besar nanti...hehe..






Thursday, 10 January 2008

MAAL HIJRAH

Semalam lupa nak post something dalam blog sebab terlalu penat. I went to bed early.. Selamat Ber Maal Hijrah untuk diri ini, family dan juga semua. Kalau Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, kalau boleh aku ingin berhijrah balik ke Msia hari ini juga. Aku penat, pening, stress dan semua macam perasaan berkecamuk bermain dalam diri sejak semalam dan hari ini. Aku tak dapat nak meluahkan macamana, even Saba cuba untuk memahami... tapi dia still tak faham... kalau nak faham, sayang.. cuba lah buat PhD... Sejak 2 hari ini kerana memikirkan 'something', aku asyik bermimpi yang bukan2. Sukar nak digambarkan... Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. Aku masih ingat dan rasa seronok bila mengenangkan saat duduk di asrama sekolah kerana aku pernah menasyidkan Nasyid Maal Hijrah ...
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu perpaduan
Hijrah itu persaudaraan
Oleh itu, mari semua ... kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, eratkan perpaduan
Untuk sepanjang zaman
...untuk sepanjang zaman...

Tuesday, 8 January 2008

EBAY

Ebay.. my wife asked me to list few items for sale on ebay as we are clearing out some stuffs. Some of them are Royal Albert antique and collectable items - Kentish Rockery dated 1930s and at the bottom stated "As supplied to Her Majesty Queen Mary, England". Sayang sangat tapi sebab kami tak guna. Hanya terpamer dalam almari... lagi pun bone China potteries ni ada keraguan dari segi buatan.. They are made from bones so tak sure kalau termasuk makhluk yang 'haram' tu.. These are the photos of the items.. :(

Monday, 7 January 2008

DIET

We were watching '1/2 Ton Mum' last night - about Renee (same age like us), a mother of two who had a problem of overweight.. more than 50 stones..! She was transfered from her house to the ambulance by a crane and the windows were removed to allow her out. Imagine that..! She had underwent a 10 hr surgery to put some sort of device that can control her appetite of eating too much..and stop eating continously. Her story was really really touching.. 24/7 on the bed and couldn't do anything even to comb her small daughter's hair.. She was dead a few days after the surgery due to heart complication, even though she was told to have better chance back to normal.
Anyway, cuba beringat and better control your diet. Eat a lot of fruits and vegs and exercise (paling susah sebab tak sempat. Lebih lagi sekarang sejuk sesangat kat luar tu.. sebenarnya alasan aje ;). Kalau kita lihat orang tua (datuk nenek kita) masih gagah di usia tua (80, 90 tahun) kerana mereka mengamalkan makan ulam-ulam tradisi. My granma for instance still healthy at the age of 95. She can cook, sewing, reading and perform her 5 prayers. So, talking about our local ulam.. you have to eat a lot of them as there are good for your health. My project is on Ulam and Subhanallah, Allah has created plants which contain diverse, various chemical compounds which the bioactivities are beyond understandable. A lot of unknown compounds need to be identified and it will be a challenge to the scientists to search the identity, using the latest and advance technology...
Beluntas (Pluchea indica) - high antioxidants, bagus untuk cuci perut, health tonic
Bebuas (Premna cordifolia) - high in antioxidants, taste nice. Banyak kat Utara Semenanjung.

Pegaga - Makanlah pegaga banyak-banyak (anti-aging, awet muda, brain tonic)

Sunday, 6 January 2008

4 Cs

Today, nothing much to say as I am tired & sepatutnya berehat. Tomorrow is another usual day...and hard works begin. Hari ni 4 Cs - Cuti, Clydebank, Chinese and Central Mosque. Memanglah hari cuti tapi tak le berehat sangat as we went to Clydebank (beli barang dekat ASDA and jalan2 kat Clydebank Shopping Centre) then atas tanda kasihan kat my wife for doing cooking everyday, so we went to have our lunch di satu Chinese Restaurant (halal - bagus tak serve makhluk Allah 4 kaki. Selalunya all Chinese restaurant kat sini ada benda tuh). One of the ladies yang berkerja di restaurant tu from Msia (orang Kajang). Itupun tahu bila dia hantar high chair untuk Haziq dan dia sebut 'duduk adik'... terus kami berborak tanya itu ini.. Lepas tu solat di Central Mosque of Glasgow. Itulah satu2 nya masjid yang berbentuk masjid (dengan kubah dan menara) di Glasgow. Other than that semuanya house-converted mosque atau pun bangunan lama yand dijadikan masjid...eg. in Southside, an old church was transformed to a mosque... Alhamdulillah.

Saturday, 5 January 2008

CBEEBIES

Finley The Fire Engine

Pingu

Bob The Builder
Cbeebies.. favourite Haziq. Educational British cartoons in Cbeebies channel - Haziq has learned and improved English a lot bila tengok siaran ni...

Friday, 4 January 2008

MOOD JUMAAT

Dah dijangka salji lebat... Aku keluar rumah seawal 5.40 pagi untuk ke Uni, mencari sesuap nasi bagi menampung keperluan kami di bumi asing ini. Sejuk pagi itu terasa sehingga ke tulang kering. Salji lebat yang kurasakan sejak malam tadi telah meliputi hampir keseluruhan keretaku.. lantas ku buka 'dashboard' untuk mengambil 'scrapper' pemberian RAC... kubuang semua ais yang berlonggok dilapisan cermin depan, belakang dan sisi sementara menunggu enjin kereta panas...zoom... "GU here I come..!"

At 9.00 am after work, I went straight to the library. I took the external drive from the bag and connected it to the PC to assess all my data but I felt terribly lazy especially today, Friday.. people will say Friday is the last day of working days of the week but then I asked my self... resolution? Then, the light of strenght was all over me... hmm.. buat kerja, jangan malas! Kalau my wife ada, awal-awal lagi mesti dia berleter. Mujurlah aku tak mengikut mood malas itu kerana memikirkan banyak lagi yang aku perlu siapkan.

Khutbah..

Aku solat Jumaat di masjid Al-Furgan dengan Mat Nor. Sebelum solat ada ceramah 1/2 jam dan tajuknya memang menarik hari ini. Dunia sebagai jambatan akhirat, tanpa dunia tiadalah akhirat. Dunia merupakan medan untuk kita beramal sebelum kita dihisab dan ditentukan ke mana arah kita nanti. Khatib masjid itu memang pandai berhujah dan melemparkan ceramah dan tiada seorang pun yang aku lihat mengantuk...

"Every sins means disobedience to Allah..." ucap Khatib lagi.. "

"Even Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam had seeked for Allah's forgivemess all the time even though he is maksum. .."

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan sebagaimana Engkau berikan pada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam".

Thursday, 3 January 2008

SNOW..?

I was at home when it was snowing. But not much.. At home? Aye... at home. Coz I couldn't find any parking spaces around GU after the interview at JPC, Pollockshaws Road regarding my NI number. I was planning to continue writing my thesis at the Med. Sch. library. Anyway, kat rumah, after lunch terus bukak PC. Haziq has distracted me, so I closed the door and peacefully continued my work.

Reporting Scotland...

"The weather will be worst tomorrow in Scotland. Today, A1 motorway has been closed and some roads in Edinburgh as well due to bad snow....Aberdeen...etc..etc..."

Hmm.. camne lah nak gi U esok kalau jalan kat Glasgow macam Edinburgh... penuh salji.. harapnya tak delah seteruk itu. Aku berdoa agar esok aku dapat ke U macam biasa.

Wednesday, 2 January 2008

KACAU DAUN

Hari ini di Scotland masih lagi cuti. Tempat lain rasanya sudah mula bekerja dalam tahun yang baru ini. Walaupun cuti, kedatangan seorang menteri (tak perlu disebut namanya) telah mengganggu perancangan yang hendak aku buat untuk diri sendiri dan keluarga. Haziq dari pagi tadi merungut apabila melihat aku dengan beg sandang hendak ke office:

"Abah...jom ke TESCO?".

Haziq bosan rasanya. Masakan tidak, yesterday I spent all day at the Uni and all of them 'terpelangut' di rumah. By the time I arrived home dah gelap around 5.30 pm. So kalau nak keluar semalam pun tak boleh melihat dunia. Inilah penangan winter. Masa siang menjadi pendek dan malam bermaharajalela. Jawapan yang kuberi pada Haziq,

"This weekend, ok? Kita pergi Giraffe (nama pendek yang diberi oleh Haziq pada Toy's R Us) then kita pergi barber... rambut Haziq dah panjang. Abah nak ke U kejap.. kita gi Saturday, ok?".

Horaay...!"
Jawab Haziq menyedapkan dirinya yang masih terpancar wajah kebosanan. Aku spend masa di office sehingga tengahari. Lepas aje solat Asar di office, aku menunggu bas depan South Gate GU... waited for bus 62, 42, 16 or 9 to the city centre coz boleh drop kat Central Station, as the Quality Hotel dekat situ juga. The committee has booked Conference Room for the 'Majlis Ramah Mesra'...hmm.. 20 minit aku tunggu sampai 2.10 pm... aku fed up. Tiada bas yang datang except for bus 18 (aku sangsi ke mana bas ni akan pergi). Rasanya bas tak se 'frequent' biasa kerana hari ni masih cuti umum. So aku berjalan semula ke office kerana pada aku buat apa datang lambat, sebab majlis bermula 2.15 pm... kalau aku terus menunggu bas rasanya mahu pukul 2.30 atau 3.oo pm baru aku sampai... tak pasal-pasal nanti muka ini menjadi glamer, masuk lewat. Jadi tak berkesempatan menghadap menteri. Kerja-kerja PhD diteruskan seperti biasa. ;)

(Atas): Senibina bangunan utama GU

Tuesday, 1 January 2008

AZAM

(Atas): Haziq and Hazim, our beloved sons

Biasanya tahun baru ni kita akan membuat azam baru tetapi sebenarnya kita sebagai orang Islam bulan Muharram yang biasa kita sebut Maal Hijrah itulah tahun kita berazam. Berazam membuat transition (anjakan paradigma - minda dan jasad) menjadi Muslim yang lebih baik. Namun begitu di sebalik tahun baru ini, it's nothing for us especially myself. As I am now in front of my computer in the University office whereas all my fellow labmates and my suppervisors are having 'fun' and I am sure last night they were happily celebrating the coming year - 2008. Mungkin juga mereka kini sedang lena tidur dibuai mimpi setelah mabuk malam tadi (bahaya jika kunukilkan dalam bahasa mereka).
Tahun 2007 telah berjaya melabuhkan tirai dengan segala suka duka bagi kami di bumi asing ini. Masa yang berlalu telah mematangkan diri dan menguatkan azam kerana amanah yang diberikan pada kami belum selesai... yelah... Amanah rakyat Malaysia, amanah MARDI dan yang paling penting amanah Ilahi. Ini kerana menuntut ilmu adalah fardhu ain walaupun bukan ilmu agama tetapi ilmu yang insyaAllah akan memanfaatkan manusia sejagat.

Cuti and Shopping...

Pesta membeli belah yang bermula selepas Krismas yang lalu (boxing day) telah hampir ke penghujung (Jan sale). Kami juga tidak terlepas peluang (especially my wife). We were in north of Edinburgh staying in Travelodge (so cheap GBP 19 - kena booking 21 days earlier) for a night on Christmas day. The main reason was, I need to be away from Glasgow to calm down my brain and to have fun with my family. Then the following day.. so called 'boxing day' on our way back to Glasgow we drop kat Livingston - famous shopping area (factory outlets). Not bad... the sale wasn't as 'happening' as last year sebab last year I was told that people were in queue since 5 am in the morning in front of NEXT. Memang murah. Di satu kedai yang kami singgah, periuk TEFAL, Moulinex deep frier, iron dan barang-barang elektrik lain were 70% off the factory prices... bayangkan! Alhamdulillah rezeki yang ada, we had bought few things especially kat NEXT as you can get children clothes NEW as low as 50p.

Yang paling penting our two heroes enjoyed their 'jalan-jalan'. We had toured around Edinburgh city, Scotts Monument, Menara Italia, Royal Botanic Garden, etc. pada hari yang cukup sunyi... no traffic jam coz Christmas day. Haziq was excited especially bila dah tiba di Glasgow, we had our Chinese buffet lunch (nearly dinner coz dah 3.30 pm) kat PANDA - a halal Chinese Restaurant at Springfield Quay. Haziq was given a blue balloon by that friendly, lovely Chinese lady and Hazim also was given a balloon (but green)... itupun Haziq jelous, he wanted both balloons. Tapi disebabkan Hazim masih baby...so Haziq finally got both balloons... Hai itulah Amirul Haziq - wanted to conquer the world.. hehe ;)

SELAMAT DATANG 2008

Welcome 2008...

Selamat Datang 2008 dan thanks a lot 2007. I won't forget all the memories but I will make sure that 2008 will be much better. Sesama berdoa agar masa yang akan datang ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hidup dan beribadah seolah-olah akan mati esok.

Due to the starting of new wishes, I would like to have my own blog. Jadi, bolehlah bermadah kata, meluah duka, berkongsi cerita melihat dunia warna-warni especially after I have been in UK for the last 3 years dan tahu asam garam kehidupan di dunia asing ini... dan insyaAllah akan kembali ke tempat tumpah darah ku tidak lama lagi seperti kata orang "Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang tapi baik lagi di negeri sendiri".

Luckily, di dunia asing ini, I have my wife and 2 heroes with me to support especially doing my studies and thesis writing. Thanks my love and my kids. Semoga perjalanan kita dipermudahkan Ilahi...Amin.

Introduction to the blog :)

Beautiful journey..
coretan pendek perjalanan hidup kami sekeluarga di bumi asing...
we hope to have as much as possible - beautiful journey along the way towards the end of our life, insyaAllah..