Thursday, 10 January 2008

MAAL HIJRAH

Semalam lupa nak post something dalam blog sebab terlalu penat. I went to bed early.. Selamat Ber Maal Hijrah untuk diri ini, family dan juga semua. Kalau Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah, kalau boleh aku ingin berhijrah balik ke Msia hari ini juga. Aku penat, pening, stress dan semua macam perasaan berkecamuk bermain dalam diri sejak semalam dan hari ini. Aku tak dapat nak meluahkan macamana, even Saba cuba untuk memahami... tapi dia still tak faham... kalau nak faham, sayang.. cuba lah buat PhD... Sejak 2 hari ini kerana memikirkan 'something', aku asyik bermimpi yang bukan2. Sukar nak digambarkan... Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. Aku masih ingat dan rasa seronok bila mengenangkan saat duduk di asrama sekolah kerana aku pernah menasyidkan Nasyid Maal Hijrah ...
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu perpaduan
Hijrah itu persaudaraan
Oleh itu, mari semua ... kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat, eratkan perpaduan
Untuk sepanjang zaman
...untuk sepanjang zaman...

No comments: