Monday, 26 March 2018




Pada tarikh 25 Mac 2018... sudah 10 tahun aku menggenggam PhD. Banyak suka-duka yang dialami. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

SEHARI SEBELUM RAYA



Kami pulang awal ke kampung (Pekan, Pahang) pada hari Jumaat 26/09...semua begitu teruja kerana telah 4 kali kami beraya di perantauan. Bila dah berada di tanah air ni...memang saat seperti inilah yang ditunggu.



1. Kayu api yang aku cari di belakang rumah Aki






















Wednesday, 22 September 2010

Lama Tak Bukak

My blog has been hijacked? Sebab lama tak bukak? Keluar jentayu...apa itu jentayu. Nyusahkan org aje.

Thursday, 31 December 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Moga dapat menyelesaikan azam 2009 dan meneruskan dengan azam 2010.

Tiada apa sangat nak diceritakan sebab aku memang tak ambik kisah sambutan tahun baru macam orang lain yang sanggup pergi dataran merdeka. Malam tadi pun tidur awal sebab agak penat uruskan Haziq semalam.

Aku berdoa agar kedatangan tahun baru ini akan memberikan kami lebih kesempurnaan, rezeki dan rahmat. Tahun ini akan mengurniakan kami insyaAllah permata ketiga. Aku berdoa agar dapat seorang puteri supaya abang-abang dapat merasai kelainan.

Tahun ini dijangka akan lebih mencabar dengan bebanan tugas aku yang dirasakan makin bertambah.

Azam tahun baru - aku nak kuruskan badan. Pertambahan usia lagi setahun menjadikan aku 33. Kesihatan perlu dijaga. Semakin tua semakin badan terasa kurangnya prestasi, semakin lemah, imun makin kurang. So...kena jaga makan.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

HAZIQ KE SEKOLAH - SR AGAMA INTEGRASI BERANANG

Dah besar dah anak sulung aku ni. Kejap aje dia dah nak masuk 7 tahun. Hari ni Haziq ada hari suaikenal di sekolah - Sek. Ren. Agama Integrasi Beranang (SRAI)..about 10 km from our house. Bawak kereta dalam 7 mins kalau tak jem. Enrol Haziq kat sini sebab combination of KBSR dan SRA (sijil rendah agama) dalam satu sekolah. Masa 7.30 am to 4.00 pm. At least aku boleh hantar dan Saba ambik petang. Mujur wife aku cikgu. Kalau sekolah SK ..abis kul 1.00 pm then susah ...tak de sape nak ambik...lepas tu kena transit untuk gi sekolah agama petang...tu yang biasa orang lain buat. Bila pikir ...kesian budak. Penat transit...then masalah pengangkutan. Naik bas atau van selalunya macam sardin.

Sekolah Haziq ok. Guru Besar (GB) memang baik tapi tegas. Bagus approach sekolah ni sebab GB akan rotan budak yang pergi sekolah pagi tu tanpa solat subuh. Dia akan suruh budak solat dulu kat surau sebelum masuk kelas (kalau belum solat subuh)...so jadi subuh gajah le (hehe 7.30 am). Katanya, anak bila diasuh dari kecik untuk ingat Allah, insyaAllah jadi budak cemerlang. Then lagi satu, jam 10 pagi, semua wajib solat Duha...wah...ini sudah bagus. Aku pun kalah. Selalu miss solat ni sebab pagi asyik ada meeting...hehe...

Yang kesian.... sekolah ni under JAIS bukan under Kerajaan Persekutuan. So budget tak ada. JAIZ bayar gaji guru-guru aje. Geran tahunan (budget) tak diberi. So semua dari duit ibu bapa. Tadi bayar pun bayar dalam RM 425 (yuran, buku, PIBG, duit makan etc). Nampak banyak tapi after that setiap bulan hanya bayar RM50 aje. Kira dah murah sebab masa Haziq kat Smart Reader, kitorang habis RM 1200 setahun untuk register then every month RM 325. Memang perit tapi Alhamdulillah Haziq jadi budak bagus. Selalu dapat no 1, lancar baca BM dan BI. Even, surat khabar the STAR Haziq baca lancar dengan pronounciation yang betul. Thanks to the teachers.

Kitorang berdoa agar sekolah SRAI ni dapt transform Haziq jadi budak cemerlang duniawi and ukhrawi. Kami nak dia ada basic kukuh dalam agama. So lepas ni tak payah risau sangat ...walaupun dia di campak ke dunia mana pun (teringat bebudak degree masa kat UK...hanyut kena cultural shock....tak kuat agama)..

Hari belajar pertama next week...4 Jan. Hopefully Haziq ok. Tadi pun dia seronok. Cikgu bawak diorang gi tour kawasan sekolah. Ibu bapa dok dalam dewan dengar taklimat. Haziq pun dah ada kawan. So tak risau kitorang. Harap next week, dia ok.

Wednesday, 16 December 2009

SESAWANG.. APA JADI?

Huh...dah jadi sarang. Dah lama tak memblog. Lately sibuk sangat. Banyak benda yang jadi. Ini pun tengah memblog dari Seremban - Hotel Royale Bintang kerana ada konferen 15-17 Dec organized by MARDI : Conference on New Crops and Bioresources 2009. A great success and I was one of the organizing committees, I acted as a convenor and also as a speaker. Oral presentation went smoothly Alhamdulillah walaupun gabra sangat. Thanks to Dr Salma, Mirfat, Kak Jah, Maya and Gerten kerana bagi support and feedback for the slides before the presentation. Malam tu memang tak boleh tidur, makan tak lalu, mandi tak rasa nikmatnya...hehehe...Imagine presenting a paper in front of international and national participants. But Alhamdulillah...dah beres.

Actually, hari ini ada technical visit tapi tak join sebab bawak family sekali ke Seremban. Kalau gi kena stay kat hotel another day..tak nak sebab membazir. So for the past three days, diorang stay kat hotel, rehat, mandi kat swimming pool...then kalau aku free bawak diorang ke bandar Seremban. Last night kami ke kompleks near Terminal Seremban...cari handphone untuk mak sebab handphone dia hilang. Kena curi masak kenduri kahwin adik ipar kat Slim River.

A lot of things that happened for the past few months/ weeks

1. Alhamdulillah aku dapat pingat SILVER/ PERAK dalam BioMalaysia 2009 kat KLCC Convention Centre, 17-19 Nov

2. I was in the paper Utusan - press media celebrating MARDI's achievements in international and national science exhibitions/ awards - 24 Nov. 2009. The story came out 25 Nov. My findings was in the press - Berita Harian on 3 Dec.

3. At the same time, I was promoted to Q44..Alhamdulillah... on 25 Nov. 2009.

4. Kenduri kahwin adik ipar kat Slim River pada 13 Dis. Then akan bertandang ke Kg. Gajah - kenduri sebelah lelaki 19 Dec.

5. InsyaAllah kami akan buat kenduri akikah Hazim di Pekan, Pahang pada 26 Dec + kenduri mak dan abah masuk rumah baru (berpindah) ke banglo idaman akak (akak yang buat + beli) kat Mukim Jambu, Peramu, Pekan.

6. Hah...saat Haziq nak masuk sekolah. Ada majlis suai kenal di Sekolah Integrasi Agama Beranang pada 31 Dec nanti.

Esok Awal Muharam. SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH - TAHUN BARU ISLAM. Semoga lebih beramal dan diredhai Allah sentiasa.

Saturday, 10 October 2009