- Sekarang, yang merisaukan aku ialah transit di Heatrow. Aduh, macam-macam hal aku dengar terjadi kat sana. Aku harap tak ada masalah berkenaan check in luggage terus ke KLIA dari Glasgow. Jika kena check in and check out kat Heatrow akan menjadi beban dengan 2 hero ni.
Monday, 31 March 2008
SIREH PULANG KE GAGANG
Tuesday, 25 March 2008
ALHAMDULILLAH SYUKUR
Monday, 24 March 2008
DEBARAN MELANDA
Jantung berdegup kencang
Tidur tak lena
Makan tak lalu
Esok kena bersilat
Esok akan ditiup puting beliung
Esok tarikh keramat
Ya Allah
Mudahkan urusanku
Lembutkan hati mereka itu
Ameen
Thursday, 20 March 2008
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU
Selamat tinggal, sayangku. Hari ini hari terakhir aku memandumu. Akan kuserahkan dikau pada tuan barumu, Sanny. Saturday, 15 March 2008
KEMAS BARANG + KONTENA + RUMAH KOSONG


Malam tadi aku dan wife hanya tidur kurang 3 jam kerana sibuk mengemas dan memastikan barang yang nak diangkut ke Malaysia tak tertinggal. Pagi ini, aku mula mengeluarkan barang dari rumah ke luar untuk mudah diangkat ke bawah. Yelah rumah flat ni kecil dan mujur ada lif yg dapat membantu membawa barang ke bawah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana ramai yang datang membantu. Aku berkongsi kontena sebab tak jadi bawa balik kereta. Bila barang dah diangkat, rumah pula menjadi lega dan lapang. Seronok si kecil bermain dan Haziq berlari2 ke sana kemari.Thursday, 6 March 2008
SIMPATI
Seperti biasa aku ke office semula selepas mengambil Haziq dari nursery. Hanya aku dan Gina di office. Gina begitu sibuk memprint thesisnya untuk disubmit. Aku asyik membaca tesisku dan yang sedihnya masih ada 'typo error' yang sepatutnya patut dielakkan sebelum submit. Tak disangka semasa aku asyik membaca Alan mendekatiku.
- "Still find any mistakes? You should leave the thesis for a week. Go somewhere and come back. You will have a fresh mind. Don't stress yourself. People make mistake, don't worry. You can correct the thesis after the viva."
Aku cukup tak sangka begitu simpati dia denganku. Selalunya dia agak sinis dan kadangkala kurang mengambil perhatian tentang diri aku. Aku rasa lega dan syukur. Mungkin doa mak abah makbul.. melembutkan hati supervisorku? Aku masih ingat begitu prejudisnya dia denganku. Tiga kali perkataan terorist keluar dari mulutnya pada ku...bukan dengan nada serius tapi untuk bergurau. Masa itu aku mencukur rambut ke level 2 (skin head)... dia ketawa tak henti dan terkeluar perkataan itu. Aku juga suka menyimpan jambang. Apa lagi...memang si mat saleh ni suka bergurau senda dan sinis bermainkan agama. Satu ketika dulu, semasa aku berjalan ke Yorkhill bersama Alan untuk meeting, dia bertanya aku apa pendapatku berkenaan memakai purdah (veil). Masa itu heboh dalam berita dan surat khabar berkenaan guru sekolah tidak dibenarkan memakai purdah semasa mengajar di UK. Aku tersenyap sebentar selepas dia bertanya. Aku menjawab, ia adalah hak peribadi. Di Malaysia, seorang guru tidak boleh memakai purdah kerana sudah menjadi polisi sekolah kerajaan. Begitu juga dengan mengambil gambar untuk kad pengenalan atau passport. Kita perlu menunjukkan keseluruhan wajah untuk 'identification'. Dia nampak puas hati dengan jawapanku masa itu. Hari ini, aku rasa lega sedikit dengan simpati (concern) yang ditunjukkan.
Kadangkala, aku merasa tersisih
Merasa terpinggir
Being rejected?
Asing di dunia orang
Itulah kehidupan
Aku ingat pesan Ustaz
Yahudi dan Nasara tak akan redha dengan kita
Kita Umat Islam
Selalu datang cabaran
Berhati-hati bila berkawan
Berhati-hati bila berucap
Ya, kata-kata Ustaz itu benar. Aku terpinggir kerana tidak join mereka 'clubbing'..every Friday night. Ke pub, ke bar dan minum sehingga lupa dunia. Alhamdulillah sepanjang aku di sini, aku tidak pernah masuk tempat syaitan itu. Semua sudah maklum tentang hukumnya. Tapi banyak even yang dianjur universiti di buat di tempat sebegitu. Kita tidak boleh mengikut resmi, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum kerana jika kita sebegitu, identiti kita sudah hilang. Biarlah kita kekal sebagai manusia yang istiqamah di dunia asing. Berprinsipkan yang hak adalah hak dan yang batil adalah batil.
Tuesday, 4 March 2008
BERAT PADI TUNDUK
- "Pergi mana-mana, biar rendah diri. Tak rugi kita, malah orang suka dan sayang. Dan jangan tahan diri jika teringin nak makan sesuatu. Biar duit habis untuk makan, bukan habis sebab membazir tak tentu hala."
Aku selalu ditegur supaya tidak terlalu merendah diri. Even during the annual assessment last year, one of the reviewers said, " Don't put yourself down by saying that your English is not good compare to the native speaker. Some of them are worst than you."
Dalam hati aku. Ye ke? Kalau aku pandai cakap, aku dah lama membidas minah-minah yang selalu memperlekehkan aku dalam office (incident hari ini..malas aku nak ceritakan). Walau apapun, sebaik-baik perkataan adalah diam. Jadi lebih baik diam aje daripada bercakap yang boleh menyakitkan hati orang, walaupun hati ini disakiti. Hai, kenapalah minah-minah ni dengki sangat kat aku. Sabar ajelah. Dugaan.
Monday, 3 March 2008
SNOW?

Hari ini snow turun dengan lebatnya. Pagi tadi masa pergi ke Uni terpaksa gunakan scrapper. All day, snow turun lebat. Bila balik tengahari hendak hantar Haziq ke nursery dia memang excited. Tapi tak boleh nak buat snowman sebab snow cepat cair di Glasgow ni. Baby pun excited duduk tepi tingkap...menjerit panggil snow. Hai itulah gelagat si hero.Sunday, 2 March 2008
LAMB
- Jamuan sebegini mengeratkan silaturrahim dan aku dapat berjumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa disebabkan masing2 busy dengan pengajian masing2. Dapat bersembang panjang, berkongsi pendapat dan berkongsi idea.