Selamat tinggal, sayangku. Hari ini hari terakhir aku memandumu. Akan kuserahkan dikau pada tuan barumu, Sanny. Aku dapat menjual kereta kesayanganku kerana tidak jadi untuk dibawa balik ke Malaysia. Setahun 3 bulan ia berkhidmat pada kami sekeluarga. Tapi aku redha dengan alamat Ilahi. Ralat rasanya sebab mekanik yang membuat 'check up' mengatakan kereta itu excellent, cuma calar dan karat di sana sini. Tapi tak perasan sangat.
Selamat tinggal sayangku.
2 comments:
shuk, bila balik m'sia? wah ..kotak2 sampaike siling tu..semua u all punya ke? baru ingat nak kirim sweater next untuk kimi..hu..hu..
mercedez tu smart..tapi takpe..mana tau ada rezeki in the future nanti..viva bila? all the best ye.
Salam Kak Hanan... Nervous ni. Esok viva 25 hb. Lepas cuti easter. Risau woo.. Balik msia 2 April. Kalo sempat kitorg cari kat NEXT. Nanti balik msia ke? Camne nak jumpa? Wish me luck.
Post a Comment