Thursday, 6 March 2008

SIMPATI

Seperti biasa aku ke office semula selepas mengambil Haziq dari nursery. Hanya aku dan Gina di office. Gina begitu sibuk memprint thesisnya untuk disubmit. Aku asyik membaca tesisku dan yang sedihnya masih ada 'typo error' yang sepatutnya patut dielakkan sebelum submit. Tak disangka semasa aku asyik membaca Alan mendekatiku.

  • "Still find any mistakes? You should leave the thesis for a week. Go somewhere and come back. You will have a fresh mind. Don't stress yourself. People make mistake, don't worry. You can correct the thesis after the viva."

Aku cukup tak sangka begitu simpati dia denganku. Selalunya dia agak sinis dan kadangkala kurang mengambil perhatian tentang diri aku. Aku rasa lega dan syukur. Mungkin doa mak abah makbul.. melembutkan hati supervisorku? Aku masih ingat begitu prejudisnya dia denganku. Tiga kali perkataan terorist keluar dari mulutnya pada ku...bukan dengan nada serius tapi untuk bergurau. Masa itu aku mencukur rambut ke level 2 (skin head)... dia ketawa tak henti dan terkeluar perkataan itu. Aku juga suka menyimpan jambang. Apa lagi...memang si mat saleh ni suka bergurau senda dan sinis bermainkan agama. Satu ketika dulu, semasa aku berjalan ke Yorkhill bersama Alan untuk meeting, dia bertanya aku apa pendapatku berkenaan memakai purdah (veil). Masa itu heboh dalam berita dan surat khabar berkenaan guru sekolah tidak dibenarkan memakai purdah semasa mengajar di UK. Aku tersenyap sebentar selepas dia bertanya. Aku menjawab, ia adalah hak peribadi. Di Malaysia, seorang guru tidak boleh memakai purdah kerana sudah menjadi polisi sekolah kerajaan. Begitu juga dengan mengambil gambar untuk kad pengenalan atau passport. Kita perlu menunjukkan keseluruhan wajah untuk 'identification'. Dia nampak puas hati dengan jawapanku masa itu. Hari ini, aku rasa lega sedikit dengan simpati (concern) yang ditunjukkan.

Kadangkala, aku merasa tersisih
Merasa terpinggir
Being rejected?
Asing di dunia orang
Itulah kehidupan

Aku ingat pesan Ustaz
Yahudi dan Nasara tak akan redha dengan kita
Kita Umat Islam
Selalu datang cabaran
Berhati-hati bila berkawan
Berhati-hati bila berucap

Ya, kata-kata Ustaz itu benar. Aku terpinggir kerana tidak join mereka 'clubbing'..every Friday night. Ke pub, ke bar dan minum sehingga lupa dunia. Alhamdulillah sepanjang aku di sini, aku tidak pernah masuk tempat syaitan itu. Semua sudah maklum tentang hukumnya. Tapi banyak even yang dianjur universiti di buat di tempat sebegitu. Kita tidak boleh mengikut resmi, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum kerana jika kita sebegitu, identiti kita sudah hilang. Biarlah kita kekal sebagai manusia yang istiqamah di dunia asing. Berprinsipkan yang hak adalah hak dan yang batil adalah batil.

No comments: