Hari ini di Scotland masih lagi cuti. Tempat lain rasanya sudah mula bekerja dalam tahun yang baru ini. Walaupun cuti, kedatangan seorang menteri (tak perlu disebut namanya) telah mengganggu perancangan yang hendak aku buat untuk diri sendiri dan keluarga. Haziq dari pagi tadi merungut apabila melihat aku dengan beg sandang hendak ke office:
"Abah...jom ke TESCO?".
Haziq bosan rasanya. Masakan tidak, yesterday I spent all day at the Uni and all of them 'terpelangut' di rumah. By the time I arrived home dah gelap around 5.30 pm. So kalau nak keluar semalam pun tak boleh melihat dunia. Inilah penangan winter. Masa siang menjadi pendek dan malam bermaharajalela. Jawapan yang kuberi pada Haziq,
"This weekend, ok? Kita pergi Giraffe (nama pendek yang diberi oleh Haziq pada Toy's R Us) then kita pergi barber... rambut Haziq dah panjang. Abah nak ke U kejap.. kita gi Saturday, ok?".
Horaay...!"
Jawab Haziq menyedapkan dirinya yang masih terpancar wajah kebosanan. Aku spend masa di office sehingga tengahari. Lepas aje solat Asar di office, aku menunggu bas depan South Gate GU... waited for bus 62, 42, 16 or 9 to the city centre coz boleh drop kat Central Station, as the Quality Hotel dekat situ juga. The committee has booked Conference Room for the 'Majlis Ramah Mesra'...hmm.. 20 minit aku tunggu sampai 2.10 pm... aku fed up. Tiada bas yang datang except for bus 18 (aku sangsi ke mana bas ni akan pergi). Rasanya bas tak se 'frequent' biasa kerana hari ni masih cuti umum. So aku berjalan semula ke office kerana pada aku buat apa datang lambat, sebab majlis bermula 2.15 pm... kalau aku terus menunggu bas rasanya mahu pukul 2.30 atau 3.oo pm baru aku sampai... tak pasal-pasal nanti muka ini menjadi glamer, masuk lewat. Jadi tak berkesempatan menghadap menteri. Kerja-kerja PhD diteruskan seperti biasa. ;)
(Atas): Senibina bangunan utama GU
No comments:
Post a Comment