Hari ini hujan mencurah-curah. Balik dari masjid aku menghantar Haziq ke sekolah. Kasihan dia. Basah. Yang paling kasihan tak ramai kat nursery, hanya 5 orang. Cikgunya sedang mengajar pelajar memasak. Haziq mesti seronok.
- Aku tak tenteram hari ini. Malam tadi supervisor menghantar email. Menakutkan lagi. Confirm tarikh aku menghadap ribut taufan. Risau ... kena study betul-betul. Email Alan juga menyebutkan supaya aku memprint dan bind satu naskah untuk diberi kepada internal examiner dengan segera. Department lambat buat surat dan hantar thesis yang aku serahkan so, Alan suruh buat tindakan pantas. Pagi ni aku ke Uni dan selesaikan apa yg diminta. Aku ke Yorkhill Hospital hantar tesis tu. Internal examiner aku sibuk. Dia seorang yang workaholic dan very-very critical.. Aku rasa dia yang akan banyak mem'fire' nanti sebab bidang aku memang 'ngam' dengan dia. My external will be from Aberdeen. Seorang yang workaholic juga, dengarnya but very shy. Dalam diam-diam, beliau ubi berisi. Aku takut...risau... Petang tadi aku call Malaysia, bercakap dengan ayah supaya membuat solat mempermudahkan urusanku. Doa ibu bapa makbul. Aku berharap agar mudah urusanku nanti.
"Abah, doakan yea. Biar lembut hati mat-mat saleh ni. Kita ni orang Islam. Diorang bukan redha dengan kita," pinta aku.
- Tak sabar untuk kami pulang.
- Tak sabar melihat negeri sendiri.
- Boleh bersolat berjemaah 5 kali sehari di masjid.
- Di sini? Hanya Jumaat sahaja.
- Nak keluar malam? Nanti di pukul mat saleh mabuk.
- Nak balik....!
4 comments:
shook..
all the best la ye..study smart n list down all the posible questions they might be asking. kat u. sydney tak ada viva tapi every year kena present something tak kira la internal ke external. i pun kena present results lagi 2 minggu..pening gak ni..nak start baca journals balik.
Lucky Kak Hanan tak ada viva bla abis nanti. Tp study kat sana scary sikit. ada kawan kat MARDI 10 thn PhD dia kat Queensland. Anyway...doakan kite ni. Good luvk to you too.
all the best to you.
semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Insya Allah, didoakan agar kejayaan yg cemerlang mengiringi.
:)
Thanks Fajar. InsyaAllah, your turn will come.
Post a Comment