Thursday, 31 December 2009

HAZIQ KE SEKOLAH - SR AGAMA INTEGRASI BERANANG

Dah besar dah anak sulung aku ni. Kejap aje dia dah nak masuk 7 tahun. Hari ni Haziq ada hari suaikenal di sekolah - Sek. Ren. Agama Integrasi Beranang (SRAI)..about 10 km from our house. Bawak kereta dalam 7 mins kalau tak jem. Enrol Haziq kat sini sebab combination of KBSR dan SRA (sijil rendah agama) dalam satu sekolah. Masa 7.30 am to 4.00 pm. At least aku boleh hantar dan Saba ambik petang. Mujur wife aku cikgu. Kalau sekolah SK ..abis kul 1.00 pm then susah ...tak de sape nak ambik...lepas tu kena transit untuk gi sekolah agama petang...tu yang biasa orang lain buat. Bila pikir ...kesian budak. Penat transit...then masalah pengangkutan. Naik bas atau van selalunya macam sardin.

Sekolah Haziq ok. Guru Besar (GB) memang baik tapi tegas. Bagus approach sekolah ni sebab GB akan rotan budak yang pergi sekolah pagi tu tanpa solat subuh. Dia akan suruh budak solat dulu kat surau sebelum masuk kelas (kalau belum solat subuh)...so jadi subuh gajah le (hehe 7.30 am). Katanya, anak bila diasuh dari kecik untuk ingat Allah, insyaAllah jadi budak cemerlang. Then lagi satu, jam 10 pagi, semua wajib solat Duha...wah...ini sudah bagus. Aku pun kalah. Selalu miss solat ni sebab pagi asyik ada meeting...hehe...

Yang kesian.... sekolah ni under JAIS bukan under Kerajaan Persekutuan. So budget tak ada. JAIZ bayar gaji guru-guru aje. Geran tahunan (budget) tak diberi. So semua dari duit ibu bapa. Tadi bayar pun bayar dalam RM 425 (yuran, buku, PIBG, duit makan etc). Nampak banyak tapi after that setiap bulan hanya bayar RM50 aje. Kira dah murah sebab masa Haziq kat Smart Reader, kitorang habis RM 1200 setahun untuk register then every month RM 325. Memang perit tapi Alhamdulillah Haziq jadi budak bagus. Selalu dapat no 1, lancar baca BM dan BI. Even, surat khabar the STAR Haziq baca lancar dengan pronounciation yang betul. Thanks to the teachers.

Kitorang berdoa agar sekolah SRAI ni dapt transform Haziq jadi budak cemerlang duniawi and ukhrawi. Kami nak dia ada basic kukuh dalam agama. So lepas ni tak payah risau sangat ...walaupun dia di campak ke dunia mana pun (teringat bebudak degree masa kat UK...hanyut kena cultural shock....tak kuat agama)..

Hari belajar pertama next week...4 Jan. Hopefully Haziq ok. Tadi pun dia seronok. Cikgu bawak diorang gi tour kawasan sekolah. Ibu bapa dok dalam dewan dengar taklimat. Haziq pun dah ada kawan. So tak risau kitorang. Harap next week, dia ok.

2 comments:

Mak iqraq said...

As slm ayah haziq.. Skrg haziq dh bpe tahun di srai. Maaf. Boleh tau perkembangan & prestasi haziq di srai. Sb kami parent nk tau pendapat parent yg dh pnah anta ke srai. Tq ya, tuan

shook said...

Waalaikumsalam. Maaf lambat respon sbb baru bukak blog setelah beberapa tahun... Alhamdulillah Haziq skrg di MRSM Ululalbab Gemencheh. SPM 2020 tapi bawa ke 2021 sbb covid. Alhamdulillah Haziq dah menjadi Hufaz kerana telah hafaz 30 juzuk Alquran. Tkasih SRAI dan MRSM. Alhamdulillah