Tuesday, 8 September 2009

ALHAMDULILLAH...REZEKI RAMADHAN

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana doaku dimakbulkan. Ibu mula pening... bau badan aku akan menyebabkan dia loya. Masuk tandas uwekk...masuk dapur uwekk... Aku doakan kali ini biarlah puteri. Nanti kesian pulak kena buli dek Haziq dan Hazim. Hazim masih belum faham dan dia seakan tahu kasih sayang ibu akan berubah sedikit. Mungkin sebab itu dia asyik mengenen dengan ibunya. Rimas ibu dibuatnya... Walau apapun kasih sayang kami tidak berbelah bagi dan tidak membezakan Haziq, Hazim atau yang bakal tiba ini... Moga Allah menjadikan mereka soleh dan solehah.

No comments: