Kami selamat tiba di KLIA pada 3hb April lalu, delay selama 3 jam kerana sebelum bertolak di Heathrow ada masalah dengan alat ganti kapal. Kasihan keluarga yang menanti sejak jam 5 petang, terpaksa menunggu sehingga 8 malam. Walau bagaimanapun kami bersyukur, berada di negara tercinta.
Dalam masa 2 minggu kami terpaksa adapt dengan keadaan. Haziq dan Hazim demam 4 hari, dan kami jet lag selama seminggu. Bayangkan kami makan malam jam 3 pagi sebab waktu di Glasgow 8 malam ketika itu. Baby pun asyik merengek waktu malam untuk diajak bermain, padahal gelap gelita dan sunyi sepi.
Kami seronok dapat 'membalas dendam' dengan segala macam makanan yang ada di Malaysia. Mewah sungguh rasanya. Pelbagai varieti makanan dan aku yang pertama sekali dicari ialah keropok lekor. Lepas itu kami makan satey kajang. Wah...Alhamdulillah.
Aku dah mula bekerja dan memang beban kerja banyak. Semoga hidup baru di negara sendiri ini dipermudahkan...Amin.
1 comment:
selamat pulang dan kembali berbakti kepada tanahair tercinta!
Post a Comment